Hari pertama aku mendaftar sebagai seorang pelajar sekolah menengah. Aku telah diterima ke sekolah berasrama penuh di Kuching. Di situ, ramai je senior aku dari sekolah rendah dulu. Ramai jiran-jiran satu perumahan dengan aku jugak. Tak lah sepi sangat kat situ nanti. Huhu. Selesai pendaftaran di dewan, aku dibawa oleh beberapa orang pelajar (pengawas agaknya) ke asrama. Itulah pertama kali aku menjejakkan kaki ke asrama. Sebelum ni, tengok kat tv je. Asrama tu okay lah. Cuma tak seperti yang aku sangkakan. Aku ingat asrama kat sekolah tu grand. Ye lah. SBP kan. Tapi tu lah. Macam typical keadaan asrama kat tv tu. Katil kayu double decker, almari kecil, bilik air kongsi. Redha je lah. Datang sekolah nak belajar kan. Bukan nak melancong.
So, selepas kemas barang-barang, Along pun balik. Ops, lupa bagitau yang Along hantarkan. My parents taknak ambik cuti masa tu. Taknak bazir cuti katanya. Untuk emergency. Sebelum balik, Along sempat cium pipi aku. Blushing aku. Hehe. Sedih lah jugak sebab berpisah dengan Along. Ye lah. Along tu dah macam suami dah bagi aku (alamak, terlebih pulak) haha. Lepas Along balik, aku masuk bilik. Aku tengok ramai lagi budak masuk dengan parents. Ada yang menangis, ada yang excited. Macam-macam ragam aku tengok. Aku sempat berkenalan dengan roomate aku. Haziq, Luqman, Adi, Khalil, Hisham dan Nizam. Nizam tu macam lembut-lembut sikit. Lebih kurang macam aku (cadar pun kaler pink). Aku rasa Nizam sesuai kot jadi kawan aku. So, aku pun pergi lah datang tegur Nizam yang tengah busy kemas-kemas barang. Macam-macam aku tanya dia. Rupa-rupanya dia pun K-Pop macam aku. Tak sangka betul. Dahlah kami minat group yang sama, 2NE1!
Selesai je Nizam kemas barang, kitorang keluar. Nak jalan-jalan sekitar sekolah. Masa tengah jalan-jalan tu, aku dan Nizam lalu padang ragbi. Mak ai! tergiur aku tengok abam-abam sado tengah main ragbi. Tak berkedip mata. "Haip, tengok apa tu? Tak berkedip mata," tegur Nizam sambil tersengih melihat aku. "Rezeki depan mata. Takkan nak tolak" seloroh aku pula. Aku dan Nizam jadi semakin rapat. Dah agak dah yang si Nizam ni bengkok. Haha.
Masa Maghrib, pelajar baru disuruh berkumpul di dewan makan sebelah surau. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Dalam setiap kumpulan akan ada 3 orang senior untuk jaga sepanjang minggu orientasi. Aku dan Nizam tak sama group. Sedih ;( Tapi dalam masa yang sama, aku happy sebab dapat abang senior yang handsome. Abang Fikri (Form 4), Abang Adib (Form 5) dan Abang Aqiff (Form 5). Perjumpaan malam tu cuma berkenalan antara ahli kumpulan sahaja. Sejak malam tu jugak, hati aku terpaut dengan Abang Adib :)
Dh xde sambungan ke? Lama dh x update
ReplyDelete