Monday, 3 August 2015

Aku Gay

   Aku merupakan seorang lelaki berumur 18 tahun. Yes, aku gay. To be more specific, aku bottom. Haha. Okay. Let's talk about my background. Aku orang Sarawak dan aku lahir di Sarawak. Ayah aku sorang Pegawai Perubatan manakala ibu aku adalah merupakan seorang nurse. Aku ada 6 orang adik beradik dan aku adalah anak ke-3. Aku ada 2 orang abang, seorang adik perempuan dan 3 orang adik lelaki. So majoriti adik-beradik aku adalah lelaki. Ramai yang hairan sebab aku ramai adik-beradik lelaki tapi aku pulak lembut sedangkan adik aku yang perempuan tu pun jenis yang kasar macam lelaki. Mungkin sebab aku terlalu manja kot. Masa kat sekolah rendah, takda siapa berani buli aku sebab 2 orang abang aku tu memang boleh tahan gangster.
   Tapi, abang-abang aku tu tak bagi aku ikut diorang. Selalunya, aku akan disuruh stay dengan girlfriend diorang sebab masa tu aku kecik lagi. Masa dengan girlfriend abang-abang aku tu, aku selalu lah tengok diorang make-up, pakai baju perempuan, tengok gambar lelaki kat majalah, bergosip, ketawa, shopping dna semua benda yang perempuan buat. Jadi, secara tak langsung aku terikut-ikut dengan perangai diorang. Mungkin sebab tu kot timbul minat aku terhadap lelaki. Lama-kelamaan, aku semakin dewasa. Aku dah start masuk sekolah rendah. Masa first day kat sekolah, aku ada kawan. Nama dia Soleh. Dia duduk sebelah aku. Soleh ni nakal budaknya. Mula-mula memanglah dia baik dengan aku. Lama-kelamaan, dia macam mempergunakan aku. Dia selalu makan bekal aku, selalu minta duit dari aku. Sampai satu tahap, aku dah tahan. Aku marahlah dia sebab dia makan bekal aku sampai habis. Sikit pun tak tinggal untuk aku. Apa lagi. Dia lawan lah aku. Dia tolak aku sampai aku jatuh atas lantai lepastu dia baling kerusi aku kat aku. Sampai luka dahi aku (sampai sekarang parut tu tak hilang).
   Nasib baik cikgu aku sempat datang. kecoh satu sekolah haritu. Keesokan harinya, ibubapa Soleh dan ibubapa aku dipanggil ke sekolah. Tapi, ibubapa aku takdapat datang sebab mereka sibuk jadi abang-abang aku lah yang datang sebab kelas diorang sesi petang. Ibubapa Soleh minta maaf kepada pihak sekolah dan kepada abang-abang aku. Akhirnya, kes tersebut ditutup setelah abang-abang aku mengambil keputusan untuk berbincang secara baik dengan ibubapa Soleh. Akhirnya, aku pun dipindahkan ke sekolah lain. Selepas kejadian tu, aku tak jumpa lagi dengan si Soleh tu. Haha. Begitulah cerita zaman kecik aku. Belum masuk lagi part best kan? Next post, aku cerita. Hehe

No comments:

Post a Comment